Reformasi! Anwar PM8! - Penyokong mula buat bising depan Istana Negara



ISTANA NEGARA – Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mula berkumpul di perkarangan Istana Negara, di kawasan petugas-petugas media.

Kehadiran mereka untuk memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat tidak disenangi oleh petugas-petugas media kerana kawasan itu sepatunya hanya dikhaskan untuk meraka.


Loading...

Penyokong yang juga terdiri daripada Otai Reformasi itu turut membuat bising dengan melaungkan slogan 'Reformasi' dan 'Anwar PM8'.

Tidak lama selepas itu, dapat dilihat pihak polis mengarahkan penyokong-penyokong beredar dan keluar dari kawasan petugas-petugas media.


Loading...

Penyokong-penyokong akur keluar dari kawasan petugas-petugas media namun tidak meninggalkan perkarangan Istana.

Walaupun kenderaan yang membawa Anwar Ibrahim dan ahli-ahli parlimen PKR sudah keluar dari perkarangan Istana, penyokong-penyokong itu dilihat tetap tidak berganjak.


Loading...

Melalui siaran langsung yang dibuat oleh Malaysia Gazette, penyokong masih tidak berhenti dari melaungkan slogan 'Reformasi'.

Sehingga artikel ini ditulis, penyokong dilihat bertambah sedikit demi sedikit membuatkan petugas-petugas media khuatir keadaan tidak dapat dikawal jika tidak ditangani secepat mungkin. – Cinca?

Loading...


Please subscribe



Loading...


Please subscribe


Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram