Video Long Tiger ditahan polis tangan bergari tular



[Kemaskini - 6.33PM] Nama Long Tiger menjadi panas beberapa hari ini dengan pelbagai pembongkaran dilakukan oleh warganet.

Aktivis yang ‘langsi’ menggunakan nama Long Tiger ini sangat popular di media sosial apabila beberapa kali mencetuskan perbalahan dengan beberapa pihak.

Dia juga dikatakan sebagai Abang Long Kawasan Bukit Gambir. Namun keturunannya dikaitkan dengan pelarian rohingya.

Beberapa dokumen mengenai keturunannya juga turut mula ditularkan di media sosial oleh warganet.

Loading...

Long Tiger atau nama sebenarnya Addul Hamim bin Ab Hamin dipercayai telah menutup akaun facebooknya apabila identitinya dibongkarkan dan telah dikecam oleh pelbagai pihak.

Antara lain dokumen tersebut menunjukkan bangsanya Rohingya berasal dari Myanmar dan agamanya Bahai. Dokumen-dokumen ini didedahkan oleh warganet di laman sosial.

Melalui pencarian, halaman facebook Long Tiger sudah tidak menjumpai berikutan beliau teruk dihentam oleh netizen kerana merendah-rendahkan orang Melayu.

Khabar terbaru yang diterima, Long Tiger dikatakan telah ditahan oleh pihak polis.

Ini berikutan tular video berdurasi 14 saat yang menunjukkan wajah seiras Long Tiger yang sudah tidak memiliki rambut (botak) sedang duduk dengan tangan bergari.

Loading...

Di dalam video tersebut seorang lelaki memakai topeng muka dengan memakai seluar lokap berwarna ungu hanya diam apabila diminta untuk bercakap atau memberi komen.

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu, esok.

"Benar, setakat ini saya mengesahkan tangkapan suspek itu," katanya ringkas ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini. – Hmetro/Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: Rohingya: Long Tiger bukan Islam, beragama Bahai?



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram