Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7.
Kebiasaannya, Seksyen 7 Shah Alam sememangnya akan menjadi tumpuan pengunjung dalam melakukan persiapan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
MBSA telah mendapati struktur elekrik di khemah tersebut dibina dengan tidak mengikut spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
Loading...
Pihak MBSA melakukan pemeriksaan mendapati perkara ini boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi, MBSA telah memuat naik beberapa keping gambar proses merobohkan khemah milik Jakel yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam itu sebentar tadi.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dari Jakel berhubung insiden ini.
Loading...
Netizen bersetuju dengan tindakan pihak MBSA ini, namun ada yang mempersoalkan mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang sedangkan khemah tersebut sudah didirikan lama.
Jakel sebelum ini terlibat dengan kontroversi apabila anak pemilik perniagaan itu telah memuatnaik kenyataan yang menaikkan kemarahan pembeli di akaun media sosial miliknya.
Kejadian itu kemudian membawa kepada isu boikot terutamanya dalam kalangan pelanggan mereka yang berbangsa Melayu. – Amazingnara/Cinca
ARTIKEL BERKAITAN:
- Hina Melayu, netizen kempen boikot Jakel
- Netizen dedah kekayaan Jakel bernilai hampir 1 billion, memang suka kutuk Melayu
- Jakel mohon maaf bagi pihak adik, yelah perkara telah berlalu, katanya
- Maki Melayu: Nor Lizah tampil menceritakan perkara sebenar
- Netizen seru boikot Jekel, beralih ke koleksi baju Ebit Lew, tunjuk kuasa pembeli
- Tolonglah kesihankanlah saya – Muzaffar Jakel








Join our Telegram Channel