Bukan kata ayam, sekali dengan reban ayam Dr M bagi pada kroni masa dia jadi PM, kata Najib



MENJAWAB STEALING CHICKENS
23 June 2020

Oleh: Najib Razak
Terjemahan: Nabeel Naqie

1. Dr M: Najib nampaknya tidak gembira dengan pandangan tersirat saya bahawa pelepasan Riza Aziz adalah salah.

Najib jawab: Ya, saya marah dengan pembohongan berterusan kamu tanpa segan silu. Kamu memilih untuk mengabaikan bahawa penyelesaian itu dimulakan oleh Peguam Negara lantikan kamu (orang yang juga telah mengakui bahawa beliau adalah lantikan politik) semasa kamu masih PM.

Sebagai permulaan, tidak seperti Guan Eng, Riza tidak pernah didakwa atas kesalahan salah guna kuasa, mencuri atau rasuah. Dia didakwa di bawah Akta AMLA kerana menerima dana yang diberi oleh entiti kerajaan asing yang merupakan rakan perniagaan 1MDB.

Riza tidak pernah menerima satu dolar pun dari 1MDB. Sebenarnya, dia sudah jarang berada di Malaysia sejak bertahun-tahun.

Loading...

Begitu juga, dia juga tidak pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, kecurian atau rasuah oleh DOJ USA walaupun sebahagian besar pelaburan diterima, digunakan dan dikembalikan berlaku di Amerika.

Tidak ada satu transaksi yang berlaku di Malaysia atau melibatkan bank-bank Malaysia.

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan sama ada penyelesaian itu adalah langkah terbaik bagi kerajaan, sila rujuk peguam anda sendiri, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengatakan bahawa penyelesaian itu adalah penyelesaian yang berhemah.

"DNAA Riza berhati-hati, kata peguam Mohamed Haniff Khatri". Rujuk di sini.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan peguam anda dan anda percaya dia sedang merepek atau berbohong, maka sila pecatnya dari menjadi peguam anda.

Loading...

2. Dr M: Saya masih mengatakan bahawa itu adalah perjanjian manis (sweetheart deal) di mana anda mencuri AS $ 248 juta dari wang 1MDB dan anda pulangkan kembali hanya AS $ 107.3 juta dan anda menyimpan baki AS $ 140 juta untuk dinikmati.

3. Dr M: Faktanya ialah anda telah mencuri dari 1MDB sebanyak AS $248 juta dan keseluruhan nilainya mestilah dikembalikan. Apa yang anda bayar kepada orang lain adalah tidak relevan.

Najib menjawab 2 dan 3: Seperti yang telah dijelaskan oleh peguam kami, AS $248 juta adalah jumlah keseluruhan yang diterima dari pelbagai pelabur untuk projek filem Riza. Yang mana:

  • AS $ 107 juta telah diselesaikan di sini di Malaysia (perjanjian penyelesaian)
  • AS $ 60 juta diselesaikan dengan DOJ tahun lalu yang kemudiannya wang ini telah dihantar oleh DOJ kembali ke Malaysia. (anda buat-buat lupa tentang ini?). Rujuk di sini.
  • AS $ 120 juta telah dibayar balik kepada pelabur, bersekali dengan faedah dan dividen bagi projek filem ini. Bayaran balik yang dibuat lama dulu ini juga disebut dalam rakaman panggilan telefon antara saya dan Putera Mahkota Abu Dhabi yang telah didedahkan oleh KP SPRM lantikan politik anda kepada orang ramai awal tahun ini. Rujuk di sini.

Transkrip mula:

Najib: Dia telah bayar balik dan dia terus membayar, sehingga ia kelihatan sebagai perjanjian pinjaman yang sah, seperti yang anda sendiri dapat lihat. Kerana ketika dia menerimanya, bank telah mensahkan sumber wang sehingga dia sama sekali tidak tahu dari mana sumber asal wang tersebut.

Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa ketika dia sama sekali tidak mengetahui sumber wang. Dia benar-benar percaya bahawa wang itu dari Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour.

Tuanku masih ingat bukan, Tuanku bercakap tentang membantunya ketika dia berada di Abu Dhabi?

Najib: Ya, benar, kerana dia sama sekali tidak bersalah. Dia hanya mahu membikin filem, dan ada tawaran pinjaman dari Sheikh Mansour dan pihak Tuanku dari Aabar, dan juga Tuanku sendiri menyebutnya. Ingat bukan? Ketika kita makan tengah hari di restoran tentang menyokongnya sehingga akhirnya dia fikir semuanya baik-baik saja. Sekarang, mereka cuba menghubungkaitkannya dengan wang 1MDB, yang ... sangat memeranjatkan Riza.

Transkrip tamat.

Loading...

4. Dr M: Ia seperti mencuri 10 ekor ayam. Anda harus mengembalikan kesemua 10 ekor. Sekiranya anda telah makan 9 ekor ayam atau anda menjualnya kepada seseorang, itu bukan masalah kami. 10 ekor ayam itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya. Memulangkan hanya 1 ayam akan tetap membawa maksud bahawa pemilik ayam telah kehilangan 9 ekor ayam yang dicuri oleh pencuri itu.

Najib jawab: Seperti yang telah dijelaskan berkali-kali, kesemua transaksi 1MDB yang mana wangnya dianggap hilang adalah dijamin atau sudah dibayar kepada IPIC milik kerajaan Abu Dhabi.

Adakah anda menafikan bahawa ada perjanjian penyelesaian antara Malaysia dan Abu Dhabi yang ditandatangani pada tahun 2017 di mana IPIC telah bersetuju untuk mengembalikan kesemua wang 1MDB yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020? Adakah anda ingin melihat dokumen perjanjian penyelesaian ini? Saya mempunyai salinan dokumen itu yang lengkap bertandatangan dan sudah mula dilaksanakan sepenuhnya jika anda mahu melihatnya. Jika tidak kerana kes mahkamah yang sedang berjalan, saya pasti sudah lama mendedahkannya.

Dan ini adalah perjanjian yang sama yang KERAjaan PH anda tidak mahu hormati dan telah abaikan untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Malah KERAjaan PH telah cuba membatalkan perjanjian penyelesaian ini supaya wang 1MDB boleh terus diklasifikasikan sebagai "hilang" dan bukan "dalam proses dikembalikan" mengikut perjanjian tersebut kerana sekiranya tiada wang 1MDB yang hilang bermaksud Najib tidak mencuri.

Adakah anda menafikan perkara ini?

Loading...

5. Dr M: Anda mengatakan anak-anak saya (PM 7) diberi kontrak Kerajaan.

6. Dr M: Saya bahkan tidak membenarkan anak-anak saya berniaga di Malaysia, apalagi mendapat kontrak Kerajaan. Mereka bahkan tidak diberi biasiswa Kerajaan kecuali Mirzan yang mendapatkannya sebelum saya menjadi anggota Parlimen pada tahun 1964. Dan Mirzan terpaksa membayar balik 25%.

7. Dr M: Hanya setelah saya mengundurkan diri, mereka berniaga di Malaysia - walaupun ketika itu tidak dengan Kerajaan. Tentunya tiada kontrak Kerajaan.

8. Dr M: Tolong beri bukti dokumen mengenai kontrak yang diberi kepada anak-anak saya, sama seperti bukti dokumen yang membuktikan bahawa anda sebagai MO1 yang telah mengambil wang dari 1MDB.

9. Dr M: Sila jelaskan tawaran manis (sweetheart deals) yang melibatkan kroni PM 7. Adakah Riza Aziz membeli atau adakah anak-anak saya membeli. Dan siapa kroni saya? 🤣

Najib jawab 5, 6, 7, 8 dan 9: Oh? Anak-anak anda tidak pernah berniaga di Malaysia semasa anda menjadi PM? Dan hanya setelah anda mengundurkan diri mereka mula berniaga?

Adakah Mirzan anak anda ketika dia membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang akhirnya memerlukan bailout dari Petronas melalui MISC semasa krisis ekonomi 1998?

MISC Membayar $ 220 Juta Harga Untuk Aset Anak Mahathir. Rujuk di sini.

Bukankah MISC dan Petronas melapor kepada anda sebagai PM pada waktu itu?

Loading...

Bukankah Mirzan anak lelaki anda pada tahun 1996 dan siapa PM ketika adik Vincent Tan, Danny Tan menjual Diperdana Corp kepada Mirzan hanya setelah dua tahun Danny membeli syarikat itu?

Diperdana Stake Dijual dalam Perjanjian Dikatakan terkait dengan Anak Mahathir. Rujuk di sini.

Bukankah Mohzani anak anda pada tahun 1997 yang mana anda menjadi PM pada tahun itu ketika dia menjadi pemegang saham terbesar di Hospital Pantai setelah membelinya dari kumpulan Berjaya yang dikendalikan oleh Vincent Tan? Rujuk di sini.

Selepas itu, kontrak konsesi FOMEMA dan bekalan hospital kerajaan telah diberikan kepada kumpulan tersebut semasa anda masih PM.

Bukankah anda juga PM ketika kumpulan Kencana milik Mokhzani yang ditubuhkan setahun sebelumnya dianugerahkan lesen fabrikasi (Offshore Structures) utama oleh PETRONAS pada tahun 2002. Kencana Petroleum adalah salah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen di Malaysia yang diberikan lesen pada masa itu. Rujuk di sini.

Adakah anda PM Malaysia pada tahun 2002 dan adakah anda juga penasihat Petronas sungguhpun setelah anda meletak jawatan sebagai PM pada tahun 2003 hingga 12 tahun kemudiannya yang mana pada masa itu anak-anak anda menjana pendapatan berbilion-bilion dari perniagaan dengan Petronas?

Adakah anda juga PM pada tahun 2003 di mana anak lelaki anda Mukhriz memiliki Opcom dan syarikat itu dianugerahkan kontrak langsung tanpa tender bernilai RM214 juta oleh Telekom Malaysia atas arahan Kementerian Kewangan? (lihat surat yang dilampirkan).


Kontrak ini berperanan penting untuk membolehkan penyenaraian Opcom di bursa yang juga memberikan satu lagi pulangan yang cukup lumayan.

Siapa Menteri Kewangan dan Perdana Menteri pada tahun 2003?

Dan semasa kali kedua anda menjadi PM, adakah benar bahawa Rancangan Fiberisasi dan Kesambungan Nasional (NFCP) bernilai RM21.6 bilion adalah merupakan satu-satunya projek mega yang dilancarkan dan diumumkan oleh KERAjaan PH dan seterusnya diluluskan oleh kabinet dalam jangka waktu yang singkat yang pecah rekod? Rujuk di sini.

Dan adakah benar saham Opcom melonjak 50% sejurus projek ini diumumkan kerana Opcom merupakan salah satu penerima utama projek itu?

"Opcom naik 18.5 sen atau 41.11% menjadi 63.5 sen. Kenaikan harga saham Opcom mungkin disebabkan oleh berita bahawa Kabinet Malaysia hari ini telah menyetujui pelaksanaan Pelan Fiberisation and Connectivity Nasional (NFCP). Rujuk di sini.

Siapakah pemegang saham utama dan ketua Opcom pada masa itu? Oh siapa.... Dua daripada tiga anak lelaki anda rupanya.

Loading...

Dan bolehkah anda menafikan bahawa hanya beberapa bulan sebelum anda bersara sebagai PM buat kali pertama pada tahun 2003, anda memberikan konsesi eksklusif 20 tahun untuk pertaruhan sukan dan judi bola sepak kepada syarikat swasta milik Vincent Tan tanpa tender dan tanpa persetujuan kabinet?

Konsesi ini berpotensi bernilai puluhan bilion Ringgit tetapi syarikat yang dianugerahkan itu hanya perlu membayar yuran RM20 juta sahaja.

"2004: Pemberian lesen yang sebelumnya dirahsiakan untuk konsesi perjudian Malaysia yang berpotensi menguntungkan telah diberikan kepada hartawan Vincent Tan Chee Yioun oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad kini menimbulkan kontroversi dalam kerajaan negara itu."

Lesen Permainan Mencetuskan Kontroversi di Malaysia. Rujuk di sini.

Jadi, jangan datang dan cuba bercakap tentang mencuri atau memulangkan ayam. Di bawah anda, semua reban ayam telah diserahkan kepada kroni anda untuk disembelih.

Loading...

10. Secara kebetulan, tolong terangkan mengapa filem hebat "The Wolf of Wall Street" tidak ditayangkan di Malaysia? Adakah benar bahawa ia adalah filem pornografi?

Najib jawab: Ia bukan filem pornografi. Ya, ia mempunyai adegan penggunaan dadah dan beberapa adegan bogel tetapi ia bukan filem pornografi. Ia dinilai "R" di Amerika Syarikat - sama seperti filem seperti Joker, Deadpool 1 dan 2, The Matrix Reloaded, Ted, American Sniper, The Passion of Christ, Saving Private Ryan dan banyak lagi.

The Wolf of Wall Street disenaraikan di nombor 39 dalam senarai ini. Rujuk di sini.

Ini bukan filem lucah “X-rated" yang anda fikirkan.

Secara kebetulan, Wolf of Wall street telah menjana AS $ 392 juta (RM1.68 bilion) melalui penjualan tiket di seluruh dunia dengan tidak ada satu dolar pun diperolehi melalui kontrak kerajaan Malaysia.

Filem lain yang berjaya dihasilkan oleh Riza termasuk Dumb dan Dumber To (US $ 170 juta atau RM727 juta) dan Daddy's Home (US $ 243 juta atau RM1.04 bilion - kedua-duanya ditayangkan di pawagam Malaysia.




Join our Telegram Channel
Telegram