Dr M: Perniagaan boleh memberikan kekayaan tanpa batasan



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggalakkan anak muda di negara menceburi perniagaan sendiri dan mengambil langkah tersusun untuk mencapai matlamat tersebut.

Bercakap dalam satu sesi perbincangan yang disiarkan secara langsung di YouTube, ahli politik berusia 94 tahun berkata, memang perniagaan tidak memberikan jaminan pendapatan pada setiap hujung bulan seperti makan gaji.

“Perniagaan tentunya (perlu menghadapi) perkara yang tidak pasti, tetapi perniagaan (juga) boleh memberikan kekayaan tanpa batasan, (makan) gaji tidak boleh berikan kekayaan tanpa batasan," katanya.


Loading...

Justeru ahli parlimen Langkawi itu menyarankan orang muda memikirkan strategi untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan sambil terus bekerja makan gaji.

“Jadi, sementara kamu memperolehi pendapatan bulanan, fikirkan apa yang kamu boleh lakukan untuk menceburi bidang perniagaan. Ceburkan diri dalam perniagaan adalah lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu khas program “How To Turn Crisis Into Opportunity” anjuran Creative Cloud Community (CCC) hari ini.

Sebelum itu, pengasas CCC, Natalie Sit, bertanya kepada Mahathir adakah beliau menggalakkan generasi muda untuk terusan makan gaji atau mempunyai keberanian untuk memulakan perniagaan sendiri.


Loading...

Mahathir berkata beliau telah melihat beberapa contoh bagaimana individu yang dulunya bergantung hidup dengan makan gaji tetapi kini menjadi jutawan kerana mereka bijak mencari peluang yang ada menerusi perniagaan.

“Buat masa ini, kerja dan kerja keras dan lakukan yang terbaik sepertimana kamu dibayar.

“Tetapi kamu juga perlu belajar dan kumpul pengalaman. Cari pengetahuan yang baru ketika kamu bekerja.

“Ia (mulakan perniagaan) tak semestinya perlu dilakukan hari ini (atau), esok. Ia mungkin memerlukan memakan masa. Ia mungkin perlukan setahun atau dua,” katanya.


Perbincangan itu antaranya membincangkan bagaimana usahawan dapat meneruskan perniagaan mereka dalam krisis Covid-19.

Sementara itu apabila ditanya adakah pemilik bisnes digalakkan memohon pinjaman bagi mengatasi masalah aliran tunai, Mahathir bersetuju dengan kaedah itu.

“Tetapi jika mereka ingin melakukan perniagaan, ia memerlukan banyak perkara untuk dilakukan,” katanya sambil mencadangkan perniagaan hari ini perlu sejajar dengan keperluan kelaziman baru.  – Mkini/Cinca


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram