Najib: Mukhriz menjadi TPM seterusnya PM. Siapa suruh Anwar percaya Dr M, DAP-PAN



Baru tadi, PM7 keluarkan kenyataan media dalam bentuk video yang agak panjang. (dia ada sebut nama saya? Sudah tentu ada).

Saya sunting sikit supaya mesej utama lebih jelas.

PH Minus (tanpa PKR) sebulat suara sokong Shafie Apdal jadi PM, Anwar jadi TPM1 dan Mukhriz sebagai TPM2.


Loading...

Kan saya dah kata?

Setiap jalan yang dipilih PM7 akan berakhir dengan Mukhriz menjadi TPM dan akhirnya PM.

(Ini juga antara sebab utama PM7 marah dengan saya sejak akhir tahun 2013 semasa pemilihan UMNO kerana masa itu saya tak sokong anak dia jadi Naib Presiden UMNO sebab dia baru sahaja diberi jawatan Menteri Besar Kedah)


Loading...

Apapun, tahniah diucapkan juga kepada Anwar kerana selepas 22 tahun berjuang atas jalan raya sejak tahun 1998, Anwar bakal merebut kembali jawatan asalnya sebagai TPM.

(Siapa suruh kamu percaya sangat pada parti DAP dan kuncunya PAN? Kan kamu dah terang-terang dikhianat mereka? Mana mungkin DAP boleh diharap? Tak percaya, tanya parti PAS)

– Najib Razak




ARTIKEL BERKAITAN:






Join our Telegram Channel
Telegram