Azmin disambut meriah KM, orang Melaka



Please subscribe


ALAI 18 Julai – Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali mengiringi Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melihat potensi industri inap desa yang boleh dikembangkan di negeri ini.

“Saya mengadakan Lawatan Kerja ke Homestay Alai bersama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Loading...

“Lawatan ini antara lain bagi melihat potensi industri inap desa khususnya di Negeri Melaka yang boleh dikembangkan lagi, katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamed Azmin yang tiba ke Melaka bagi lawatan kerjanya ke Melaka hari ini, turut dibawa melihat keunikan nilai pelancongan yang menyokong industri berkenaan.

Hadir sama pada lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Vokasional Sains dan Inovasi) Negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad.


Loading...

Lawatan kerja Mohamed Azmin dijadualkan berakhir petang ini selepas melawat Kilang Dominant Opto Technologies Sdn. Bhd.

Mohamed Azmin yang tiba kira-kira jam 9 pagi tadi disambut meriah penduduk Kampung Alai, beliau dalam masa sama sempat beramah mesra bersama masyarakat setempat dan mencuba beberapa produk pelancongan di negeri ini. – Melakahariini.my


Loading...




Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram