
Bersatu akan bergabung dalam pakatan politik Muafakat Nasional (MN) dengan Umno dan PAS bagi mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), menurut sumber.
Keputusan itu dikatakan dicapai hasil daripada pertemuan semalam membabitkan anggota Parlimen Umno dan PAS dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin susulan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak pada Selasa lalu.
"Pertemuan dengan PM (perdana menteri) bagi mendapatkan pendirian berhubung kerjasama dengan Umno BN.
"PM memberi komitmen kerjasama dengan Umno BN khususnya bagi menghadapi PRU15.
Loading...
"Muhyiddin juga menyatakan yang Bersatu akan turut menyertai Muafakat Nasional. Ini bagi memudahkan urusan PRU15 nanti termasuk agihan kerusi," katanya.
Difahamkan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa lalu - yang mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah berkaitan SRC International Sdn Bhd - menimbulkan rasa jengkel di kalangan akar umbi Umno.
Ini diikuti dengan seruan agar Umno mempertimbangkan semula kerjasama dengan Bersatu di bawah PN.
Tidak lama selepas keputusan mahkamah itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga membuat kenyataan kepada media menyatakan bahawa Umno akan membuat "keputusan politik besar" sebagai respons terhadap keputusan tersebut.
Loading...
Bagaimanapun, menurut sumber, langkah Bersatu bergabung dengan MN tidak akan mempengaruhi kedudukan PN sebagai sebuah gabungan politik yang longgar.
"Cuma penyertaan Bersatu (dalam MN) untuk memperkukuhkan muafakat dan kerjasama," tambah sumber itu.
Sementara itu, Malaysiakini juga menghubungi Zahid untuk bertanya mengenai pertemuan dengan Muhyiddin dan keputusan yang dikatakan untuk bersama di bawah PN.
Berhubung soalan itu, beliau mengatakan pertemuan semalam memutuskan untuk "perkukuh MN namun maintain (kekal) dalam PN".
Ketika diminta menjelaskan lebih lanjut apakah ini bermaksud Bersatu akan bergabung dengan Umno, bekas timbalan perdana menteri itu memberi jawapan sebaliknya.
Bagaimanapun beliau memberi isyarat bahawa MN akan membuat pengumuman segera mengenai keputusan yang telah mereka capai dalam pertemuan semalam.
"Bersatu tak akan masuk Umno. Pemimpin-pemimpin dalam MN akan mengumumkan bila tiba masanya," katanya. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong
- Kronologi kes SRC
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
- Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim
- Prosiding hukuman terhadap Najib ditangguhkan 2 petang ini
- Penyokong Najib badut, bodoh – Cucu Dr M
- Syabas, berbaloi, kata Rafizi selepas mahkamah isytihar Najib bersalah
- Penyokong Najib emosi selepas mahkamah umum Najib bersalah
- Kes Najib: Zahid gesa penyokong UMNO bertenang
- Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
- Hakim benar tangguh hukuman, ikat jamin Najib dinaikkan RM1 juta
- Najib sumpah tak tahu RM42 juta depan hakim
- Terima kasih la, dulu kuat lawan PH sampai jadi menteri, Najib sindir KJ
- Najib masih Ahli Parlimen hingga proses rayuan selesai, kata Speaker
- UMNO akan tentukan hala tuju dalam PN kata Zahid susulan keputusan mahkamah kes Najib
- PAS zahir komitmen bersama UMNO dalam MN kata Hadi
- Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih – Najib Razak
- PAS parti Agama tak malu kata Tony Pua
- TERKINI: Muhyiddin, MP PN buat perjumpaan tertutup, butir perbincangan dirahsiakan
Join our Telegram Channel