Cerita fantasi intim Syed Saddiq pula tular



Sekarang ni, di Wattpad memang bersepah fiksyen peminat (fanfiction) yang luahkan rasa cinta dorang terhadap mana-mana selebriti atau ikon yang dorang suka melalui cerpen. Lebih-lebih lagi bagi peminat K-pop.

Namun, baru-baru ni seorang netizen kongsi dia terjumpa peminat buat fanfiction untuk MP kegemarannya, Syed Saddiq menggunakan tajuk “Always By Your Syed”. Amboi…


Loading...

Menurut netizen itu, fanfiction yang dimuat naik di Wattpad telah pun dibaca sebanyak lebih 6,000 kali. Dahsyat betul.

Cerita Always By Your Syed ni menceritakan tentang seorang wanita muda, Hasya yang berjaya masuk ke Oxford University dan pada tahun ke-2 dia di sana, dia terjumpa Syed Saddiq, pendebat yang menjadi juri semasa pertandingan perbahasan.

Sejak dari itu, dorang mula menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin. Dekat bawah ni adalah beberapa screenshot fiksyen tersebut. Korang bacalah sendiri…

“Suap please” kata Saddiq dengan riak wajahnya yang comel



Loading...

Tapi aku cintakan Saddiq sepenuh hati



Loading...

Kebanyakan netizen yang baca cerita ni kongsikan rasa cringe dorang.



Loading...

Selepas kewujudan fanfiction ini tular, penulis tersebut dikatakan telah pun memadam cerita itu dari Wattpad. Ala tak dapat nak baca!

Rupanya, ada juga beberapa fanfiction lain di Wattpad ni yang menggunakan cover muka Syed Saddiq tau.

Pun begitu, tak semua fanfiction ni teruk. Kalau korang nak tahu, filem bertajuk After diambil dari fanfiction di Wattpad mengenai Harry Style dari One Direction. Selepas dibaca sebanyak 1 bilion kali, ia dijadikan buku bersiri dan movie.

Gempak jugak, mana tahu cerita ni dijadikan filem nanti. Agak-agak siapa sesuai lakonkan watak Syed Saddiq ni? – LobakMerah



Join our Telegram Channel
Telegram