Dira ajak golongan lelaki sertai kempen cegah rogol



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia, Dira Abu Zahar mengajak golongan lelaki supaya turut sama dalam kempen menentang jenayah rogol bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan selamat.

Dira ataupun nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar berkata, golongan lelaki memainkan peranan penting bagi menghentikan keganasan ataupun jenayah itu.

"Yang lebih menarik adalah bukan setakat mahukan perhatian perempuan yang sering dikaitkan sebagai mangsa, tetapi juga lelaki.

Loading...

"Ini kerana lelaki juga memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan perkara ini dapat dikawal dan seterusnya membenterasnya.

"Orang lelaki patut ambil bahagian dalam kempen seperti ini demi memastikan keharmonian hidup semua lapisan masyarakat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarga mereka termasuk anak-anak perempuan mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Menyedari perkara itu, Dira mengambil inisiatif mengajurkan kempen kesedaran jenayah rogol melalui penganjuran forum.

Loading...

Forum "isu rogol: pemangsa serakah vs mangsa menyerah" bertujuan bagi mengupas isu berkenaan setiap sudut dalam mendidik masyarakat.

Jelasnya, masyarakat Malaysia hari ini bukan saja terdedah kepada jenayah rogol, bahkan juga lebih teruk lagi jenayah sumbang mahram.

"Oleh itu kami amat berharap golongan lelaki dapat menyertai kempen ini yang bertujuan mendidik masyarakat.

"Kita mahu meneruskan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya untuk mengawal situasi seperti ini," katanya. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram