
KUALA LUMPUR – Pendapat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan perbandingan antara pemimpin Islam dan pemimpin bukan Islam dalam sesebuah negara, mendapat perhatian di kalangan netizen.
Khalid yang memberi contoh pandangan seorang ‘ulama silam’, memberi gambaran bahawa pemimpin dari kalangan orang kafir boleh jadi lebih adil berbanding dengan pemimpin dari kalangan orang Islam.
Walau bagaimanapun, Khalid tidak menamakan secara tepat nama ulama tersebut.
Pandangan ‘ulama silam’ yang dipetik Khalid adalah seperti berikut, “Kerajaan dipimpin bukan Islam boleh bertindak adil dan kerajaan dipimpin orang Islam boleh bertindak zalim.”
Loading...
Khalid menjelaskan bahawa pandangan tersebut adalah bertepatan dengan keadaan orang Islam ketika ini.
Menurut Khalid, ramai dari kalangan orang Islam daripada negara-negara Islam sendiri yang berhijrah ke negara-negara yang dipimpin oleh pemimpin bulan Islam untuk mendapatkan ‘keadilan’.
“Kebenaran kata-kata ulama silam ini terbukti benar bila kita lihat suasana negara umat Islam dewasa ini.
“Rakyat mereka berhijrah ke UK, US, Eropah (untuk) mendambakan keadilan,” tulis Khalid di laman Twitter miliknya.
Loading...
Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang lain bertanyakan soalan kepada bekas menteri wilayah itu, berkenaan pendapat dari ‘ulama silam’ yang dimaksudkan Khalid.
Norman Dasuki turut memaklumkan bahawa pendapat daripada ‘ulama silam’ yang dipetik Khalid merupakan pendapat ulama Syiah.
“Siapa nama ulama silam tu Lid(khalid)? Bagilah link (pautan), setahu saya engkau quote (guna kenyataan) kata-kata ulama syiah tu Lid.
“Patut jahanam Lid,” kata Norman.
Beberapa pengguna akaun Twitter yang lain juga turut menggesa agar Khalid memberikan pautan atau menamakan secara jelas ulama yang dijadikan rujukannya.
![]() |
Kenyataan 'pemimpin kafir yang adil lebih baik daripada pemimpin Muslim yang zalim' adalah fatwa dari ulama Syiah, Majduddin Ibn Thawus. |
Ia bagi mengelak daripada penggunaan pendapat yang tidak selari dengan akidah umat Islam di negara ini yiang berpegang pada ajaran Islam sebenar.
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan SuaraTv mendapati Khalid masih belum menyatakan secara jelas nama ulama yang menjadi rujukannya.
Setelah diperiksa, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terlebih dahulu memetik padangan ulama syiah itu di dalam Dewan Rakyat kelmarin.
Hanipa sebelum ini memegang jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).
Beliau pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi di dalam dewan dengan ucapan “kalau saya tuhan saya tidak akan jadikan kamu..” ketika pertikaman lidah yang sehingga kini tidak ditarik semula.
Loading...
Tindakan Hanipa mengundang teguran dari Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengulas perkara itu mengingatkan bahawa ungkapan berkenaan sangat bahaya kepada akidah orang yang mengucapkannya.
Hanipa juga sebelum ini menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan hak golongan ateis mengamalkan kepercayaan mereka.
“Saya seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana ateis untuk menganuti atau untuk mengamalkan ateisme,” tegasnya seperti dipetik portal menara.my.
Pada tahun 2011, Hanipa melalui tetuan Mohamed Hanipa & Associates, pernah mewakili pemimpin Syiah Malaysia Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz untuk menyaman Utusan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan bekas pengarahnya Datuk Khusrin Munawi kononnya memfitnah Syiah. – SuaraTV/Cinca
Minit 16.28 Hanipa Maidin memetik fatwa ulama Syiah 'pemimpin kafir yang adil lebih baik daripada pemimpin Muslim yang zalim'. |
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Parlimen kecoh usul tukar speaker dikemuka
- [Video] Akhirnya speaker PH berjaya dijatuhkan dengan 111 undi
- [Video] Teruk Maszlee kena balun dengan Azeez Rahim, Redzuan dalam perlimen isu aplikasi MySejahtera
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Khalid Samad dihalau speaker baharu
- [Video] Dewan Rakyat kecoh Kasthuri Patto tak suka perkataan 'gelap, pakai bedak'
- [Video] Dr M terkedu terduduk kena sekolah secara berjemaah dalam Dewan Rakyat
- [Video] Terdiam Anwar bila Muhyiddin jawab mengapa pakej rangsangan ekonomi tak dibahas
- [Video] Tempat duduk dia yang gelap – Azeez Rahim
- [Video] Dewan gamat bila Ahmad Maslan tegaskan PN kerajaan pintu istana, bukan pintu belakang
- [Video] TH: Ahmad Maslan bongkar, Shahidan gesa heret Mujahid ke mahkamah
- [Video] Ahmad Maslan tarik balik perkataan 'gelap'
- [Video] Anwar sahkan ada pengkhianat calonkan Dr M punca beliau tak jadi PM
- [Video] Dewan kecoh bila Ahmad Maslan dedah aset Tabung Haji dilelong PH
- [Video] Jadi pembangkang baru nampak cerdik, Azeez sindir Maszlee
- Dr M, Syed Saddiq boleh letak jawatan kalau tak boleh kena serang dalam Dewan Rakyat – Nazri
- [Video] Khalid melenting Shahidan minta tubuh RCI siasat Tabung Haji
- Parlimen bukan kantin, Papagomo tegur Syed Saddiq makan semasa perbahasan
- Kerajaan tidak akan laksana PPSMI
- [Video] Teresa Kok kena balun dalam Parlimen selepas merendahkan rakyat Malaysia tak suka kerja ladang
Join our Telegram Channel