Pavithra padam semua videonya di YouTube



PETALING JAYA: Pengguna Youtube sensasi, S Pavithra dilihat memadam semua kandungan video dibuatnya, termasuk video masakannya yang sebelum ini menjadi perhatian netizen seluruh negara.

Pavithra menyertai YouTube sejak 28 Januari lalu dan sepanjang tempoh berkenaan, video yang dimuatnya ditonton lebih 34 juta tontonan dan mengumpul 786 ribu pengikut.


Loading...

Manakala di ruang “Community” dalam saluran YouTube milik Pavithra, masih memaparkan beberapa gambar, antaranya pertemuan pasangan berkenaan dengan Datuk Bandar Ipoh, pertemuan bersama perdana menteri dan gambar bersama jaguh bina badan negara, Sazali Samad.

Terdahulu, timbul konflik membabitkan S Pavithra dan suaminya, M Sugu, apabila media melaporkan, suaminya itu berniat untuk mencederakan isterinya.

Bahkan, Sugu turut didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan berniat mendatangkan kecederaan kepada isteri.


Loading...

Sugu dan Pavithra yang ditemui media semalam berkata, pasangan berkenaan turut menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini, termasuk Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020.

Pavithra sebaliknya dilaporkan berkata, beliau dan suaminya hanya mahu memberi fokus kepada saluran YouTube mereka.

Pada Mei lalu, saluran YouTube Pavithra turut mendapat perhatian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, turut mengirimkan hadiah berupa tripod dan pelbagai barangan kepada mereka. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber Pavithra dakwa dipukul suami kerana tak sebut nama ketika terima anugerah





Join our Telegram Channel
Telegram