TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang



Please subscribe


Kota Kinabalu – Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.

Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno.


Loading...

“Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” kata Adun Sungai Sibuga itu pada sidang media di sini.

Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem.


Loading...

Ini bermakna pembangkang yang kini mempunyai 20 kerusi akan mempunyai sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah 33 kerusi yang diperlukan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada berusia 27 bulan itu.

Menurut khabar angin itu, Musa yang merupakan ketua menteri paling lama berkhidmat akan kembali menerajui negeri itu. – SuaraTV

Berita lanjut menyusul...

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis


Musa Aman (bersongkok) ditemani Adun yang menyokongnya mengadakan sidang media di Kota Kinabalu hari ini.


Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram