
Musa Aman mengetuai 32 Adun lain untuk mengemukakan saman ke atas Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.
Adun tunggal Umno di Sabah itu mahu mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mencabar keputusan Juhar pada 30 Julai lalu.
Ia berlaku selepas Musa gagal dalam cubaannya menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Menurut The Star Online permohonan tersebut difailkan firma FT Ahmad and Co pada 3 Ogos dan dijangka akan didengar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Chin esok.
Dalam permohonan tersebut Musa dan 32 Adun lain meminta agar mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Mohd Shafie kepada Juhar bagi pembubaran berkenaan yang dibuat pada 29 Julai lalu.
Peguam yang mewakili Adun terbabit dijangka akan berhujah bahawa Juhar tidak membubarkan DUN Sabah mengikut peraturan seperti ditetapkan Fasal 21(2) Perlembagaan Sabah serta semangat Fasal 7(1) mengenai kehilangan sokongan majoriti Adun terhadap Mohd Shafie.
Difahamkan, Peguam Besar Sabah, Brenddon Keith Soh, akan bertindak mewakili Juhar dan kerajaan negeri dalam perbicaraan berkenaan.
Selain Juhar dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, Musa dan 32 Adun itu juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan negeri sebagai responden ketiga dan keempat. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Shafie Sabah pasti tumbang kata MP Kimanis
- TERKINI: Kerajaan Warisan Sabah tumbang
- PKR akan ambil tindakan ke atas Adun sokong Musa Aman
- Polis adakan sekatan di laluan pintu masuk utama Istana Negeri malam ini susulan tumbangnya kerajaan Warisan Sabah
- Shafie menghadap YDP Sabah malam tadi, sidang media 10 pagi hari ini
- Shafie mengadap YDP sekali lagi pagi ini
- TERKINI: Musa Aman tiba Istana Negeri dijangka angkat sumpah
- TERKINI: Shafie umum bubar DUN Sabah
- Kali kedua saya dianiaya, kata Musa Aman
- Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri
- Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri
- DUN Sabah rasmi bubar hari ini
- Sokong Musa, PKR pecat ADUN Inanam
- Bersatu mahu tanding 45 dari 73 kerusi di PRN Sabah
- UMNO Sabah kekal bertanding 32 kerusi terdahulu, 13 kerusi baharu
- TYT Sabah didakwa terima rasuah untuk bubar DUN
Join our Telegram Channel