Najib kantoikan penipuan Tony Pua konon projek terowong Guan Eng tak pernah bayar sesen



Baru tadi, DAP dan Tony Pua cuba menipu lagi bermodal air liur dengan posting terbaru depa tentang tangkapan Guan Eng.

Dia kata Guan Eng ditangkap adalah salah Najib dan salah UMNO.

Tony Pua tuduh antara syarat UMNO sertai PN ialah supaya kes terowong dibuka semula kerana Tony dakwa kes sudah ditutup SPRM pada bulan November 2018 (masa Tommy Thomas bermaharajalela).

Tony juga kata tiada unsur rasuah dalam projek tersebut kerana tidak ada satu sen pernah dibayar oleh kerajaan negeri untuk projek tersebut?

Ini satu pembohongan amat jelas.



Kes tidak pernah ditutup. Malah ENAM kertas siasatan masih terbuka masa itu.

"4 Mac 2019: SPRM Buka 6 Kertas Siasatan Berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang". Rujuk di sini.

Pada bulan September 2019, boss SPRM lantikan politik PH Latheefa Koya pernah membidas mereka yang bertanya tentang skandal terowong.

Latheefa sendiri kata dia tak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan MASIH aktif berjalan.

"6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active". Rujuk di sini.

Sebab itu, tang mana kes terowong ditutup pada November 2018 seperti ditipu Tony?

SPRM bawah kerajaan PH keluarkan "fake news" pada Mac 2019 dan Latheefa Koya bohong pada Sep 2019 ke?



Tiada satu sen pernah dibayar?

Pada tahun 2016, EXCO kerajaan Pulau Pinang DAP sendiri pernah menjelaskan dalam DUN negeri bahawa sebanyak RM208 juta (sekarang jumlah dibayar sudah melebihi jumlah ini) dalam bentuk tanah milik kerajaan sudahpun dibayar kepada syarikat terowong pada tahun sebelumnya sebagai sebahagian daripada kos laporan mahal giler RM305 juta.

"In a statement, state Public Works Committee chairman Lim Hock Seng said only RM208 million had been paid, via a land alienation, to Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, at Tanjung Pinang". Rujuk di sini.

Malah projek kondo mewah "Penang City of Dreams" bernilai RM1 bilion sudahpun siap dibina oleh syarikat terowong atas tanah tersebut tetapi tiada sebarang pembinaan projek terowong pernah bermula.

Nak tipu lagi, Tony?

– Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram