Beberapa video rakaman tular di media sosial mendedahkan kejadian 'aneh' yang berlaku di satu restoran mamak di Damansara.
Perkara ini didedahkan oleh satu akaun di facebook yang menggunakan nama Nurul Amalina Zainudin.
Di dalam video tersebut dilihat pekerja restoran sedang bergegas mengemas meja dan kerusi yang diletakkan ditepi jalan lalu meletakkannya di kaki lima sekitar premis.
Pekerja juga mengalihkan 'stall' yang diletakkan di kaki lima ke dalam restoran. Seperti 'lipas kudung' operasi mengemas itu berlaku kurang dari 30 min menurut Nurul Amalina.
Sejurus selepas itu, melalui rakaman tersebut dapat dilihat van dan lori Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tiba bersama dengan beberapa orang penguatkuasa.
Dapat diperhatikan satu atau dua orang penguatkuasa yang masuk ke dalam restoran dan keluar selepas beberapa ketika.
Bagaimanapun tiada rampasan atau penyitaan yang dibuat kepada restoran itu.
Sejurus selepas penguatkuasa pergi, restoran itu kembali meletakkan peralatan mereka tadi di luar seperti sebelumnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Komen dari netizen rata-rata kesal dengan perkara yang berlaku. Mereka mempersoalkan bagaimana restoran itu seolah-olah dapat menghidu kehadiran penguatkuasa sebelum ketibaan mereka.
Berlainan pula halnya jika peniaga-peniaga kecil, gerai-gerai Melayu yang berniaga di tepi jalan, sudah pastilah peralatan mereka akan disita tanpa kompromi, kata netizen.
Namun menurut Nurul Amalina, beliau telah dihubungi oleh pemilik perniagaan yang menerangkan bahawa beliau telah ternampak van dan lori MBPJ di kawasan sekitar lalu mengarahkan pekerjanya mengemas apa yang patut.
Beliau mengharap jangan ada sesiapa yang melontarkan sebarang tohmahan tanpa sebarang bukti.
MBPJ mensyaratkan peniaga adalah diwajibkan untuk memohon permit bagi setiap meja yang ingin diletakkan di luar premis perniagaan.
MBPJ juga melarang kerusi dan meja diletakkan di atas jalan, bahu jalan atau di tempat meletak kereta.
Permit tersebut boleh dibatalkan sekiranya terdapat aduan dari orang ramai.
Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Al Sarifa. Mengikut pencarian, restoran itu mungkin beralamat di One Avenue Bandar Utama Damansara, Jalan Masjid Petaling Jaya, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. – Cinca
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Pendedahan berani mati peniaga burger tentang pusat judi akhirnya mengundang padah apabila disiasat polis
- [Video] Patutnya polis terima kasih, bukan siasat saya – Peniaga burger
- Mustahil peniaga burger fitnah – Zahid
- Tak pelik puast judi dapat perlindungan dari pihak berkuasa yang khianat – Zahida
- Bukit Aman siasat dakwaan polis subahat dalam kegiatan judi di Sg Buloh
- SPRM tumpu penguatkuasa lindungi premis judi di Sg Buloh
- Menteri: Tindakan tegas jika anggota polis terbabit lindungi pusat judi
- Penguatkuasa MBSA ditahan SPRM selepas video bongkar isu judi haram di Sg Buloh
- SPRM: Penguatkuasa agensi lain akan ditahan dalam masa terdekat
- Netizen jadi detektif Conan kongsi petunjuk pusat judi mungkin masih beroperasi
- Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan SPRM
- 4 penguatkuasa MBSA direman 7 hari dalam kes lindungi premis haram Sg Buloh
- Hina polis, tentera tak solat, Bukit Aman siasat Asri Janggut
- Operasi bersepadu MBSA umpama balas dendam terhadap pendedahan Asri Janggut
- Kerajaan Selangor zalim, roboh premis peniaga kecil serta-merta, kata Noh Omar
- Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman
- Selepas gerai nasi lemak, MBSA mula robohkan binaan depan rumah pula
- Tentera maafkan Asri Janggut
- SPRM tahan tiga lagi penguat kuasa MBSA disyaki lindungi pusat judi
- TERKINI: Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM dalam kes lindungi premis haram
Join our Telegram Channel