
Asri Janggut sebentar tadi membuat live di facebook Hot Burger Malaysia miliknya mendedahkan kejadian ponteng sekolah oleh empat orang remaja.
Kejadian yang tidak dirancangkan itu berlaku apabila beliau ke kawasan perkuburan untuk menziarahi kubur ahli keluarnganya.
Asri memaklumkan beliau ternampak empat orang remaja sedang menyorokkan beg-beg sekolah di kawasan pembuangan sampah.
Asri telah bertindak mengambil beg-beg sekolah, kasut dan botol air milik remaja-remaja tersebut sebelum mencari mereka di sekitar kawasan itu.
“Ini kalau nampak benda-benda macam ni jangan diam-diam. Ini untuk masa depan anak-anak kita. Ini masa depan negara.
“Diaorang ni bukan orang Melayu, orang Cina. Tapi tak kisah la apa bangsa. Tapi generasi ni kalau dibiarkan bermasalah akan datang.” ngomel Asri.
Bagaimanapun Asri tidak menjumpai kelibat kesemua remaja terbabit lalu terus ke sekolah berdekatan untuk berjumpa guru bagi menyerahkan beg-beg sekolah remaja tadi.
Guru disiplin tersebut mengucapkan terima kasih kepasa Asri kerana mengambil berat tentang murid-murid sekolahnya.
Asri menerangkan perkara sebenar dan hanya melakukan tanggungjawabnya sahaja,
“Budak-budak biasa la nakal-nakal, itu biasa, ada yang nakal daripada tu pun ada." sambil berlalu meninggalkan kawasan sekolah tersebut.
Asri sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan pendedahan penyelewengan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) di banyak premis di kawasan Sungai Buloh.
Tindakan Asri yang membuat pendedahan itu telah menyebabkan tertangkapnya beberapa kakitangan dengan salah laku rasuah termasuk Pengarah Penguatkuasa MBSA. – Cinca
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Pendedahan berani mati peniaga burger tentang pusat judi akhirnya mengundang padah apabila disiasat polis
- [Video] Patutnya polis terima kasih, bukan siasat saya – Peniaga burger
- Mustahil peniaga burger fitnah – Zahid
- Tak pelik puast judi dapat perlindungan dari pihak berkuasa yang khianat – Zahida
- Bukit Aman siasat dakwaan polis subahat dalam kegiatan judi di Sg Buloh
- SPRM tumpu penguatkuasa lindungi premis judi di Sg Buloh
- Menteri: Tindakan tegas jika anggota polis terbabit lindungi pusat judi
- Penguatkuasa MBSA ditahan SPRM selepas video bongkar isu judi haram di Sg Buloh
- SPRM: Penguatkuasa agensi lain akan ditahan dalam masa terdekat
- Netizen jadi detektif Conan kongsi petunjuk pusat judi mungkin masih beroperasi
- Seorang lagi anggota penguatkuasa MBSA ditahan SPRM
- 4 penguatkuasa MBSA direman 7 hari dalam kes lindungi premis haram Sg Buloh
- Hina polis, tentera tak solat, Bukit Aman siasat Asri Janggut
- Operasi bersepadu MBSA umpama balas dendam terhadap pendedahan Asri Janggut
- Kerajaan Selangor zalim, roboh premis peniaga kecil serta-merta, kata Noh Omar
- Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman
- Selepas gerai nasi lemak, MBSA mula robohkan binaan depan rumah pula
- Tentera maafkan Asri Janggut
- SPRM tahan tiga lagi penguat kuasa MBSA disyaki lindungi pusat judi
- TERKINI: Pengarah penguatkuasa MBSA ditahan SPRM dalam kes lindungi premis haram
Join our Telegram Channel