Bapa budak pandu treler direman



Seremban: Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang tular di aplikasi WhatsApp kerana membenarkan anaknya berusia 11 tahun memandu treler, direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim, dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini, berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan semalam oleh anggota polis di Rantau, dekat sini.



Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, tular sebuah rakaman video di aplikasi WhatsApp, yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki bawah umur sedang memandu sebuah treler jenis Hino. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram