KOTA KINABALU: Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah ke-16 hari ini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), selepas perbincangan antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional, dan PBS akhirnya mencapai kata sepakat menyusuli kemenangannya pada pilihan raya negeri pada Sabtu.
“Ya, GRS sebulat suara memilih saya sebagai ketua menteri,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada penyokong.
Ahli politik berusia 65 itu menggantikan Shafie Apdal, yang penggalnya berakhir lebih awal ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai selepas sokongan majoriti kerajaan Warisan Plus pimpinannya tergugat dengan peralihan sokongan 33 Adun kepada bekas ketua menteri, Musa Aman.
Hajiji dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, esok 10.30 pagi.
Pelantikan Hajiji ini ketika Sabah berdepan cabaran ekonomi dan kesihatan yang serius, antaranya berikutan Covid-19 yang amat menjejaskan ekonomi tempatan dan serata dunia.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid: Ketua menteri GRS mesti dipilih dari Umno
- Shafie belum mengaku kalah, sedang kaji cara bentuk kerajaan Sabah
- TYT minta tempoh putus KM Sabah
- Zahid kecewa PPBM khianat UMNO – Sumber
- Juhar mahu jumpa Shafie sebelum buat keputusan lantik KM Sabah esok
- Warisan tawar Adun PBS wang, jawatan untuk lompat
- Tarik balik sokongan kepada Muhyiddin jika KM Sabah dari PPBM, kata Pemuda Umno
- KM SABAH: PM dapat, MB Perak dapat, takkan PPBM nak bolot semua – Zahid
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel