KUALA LUMPUR: Sebuah kilang roti di Happy Garden dekat Jalan Kuchai Lama di
sini, diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, selepas
didapati beroperasi menggunakan air dari tandas yang kotor.
Pemeriksaan DBKL mendapati, bahan mentah dan penyediaan makanan di premis
terbabit juga dilakukan di atas lantai.
"Pemeriksaan mendapati lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding
tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.
"Selain itu peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan
kotor dan usang, menggunakan sumber air dari tandas yang kotor dan terdapat
kesan hurungan najis tikus dalam stor peralatan dan bahan mentah," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
DBKL berkata, pemeriksaan mendapati 10 pengendali makanan termasuk enam warga
asing yang bekerja di situ, mempunyai suntikan tifoid.
"Sehubungan itu, DBKL mengeluarkan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen
11 Akta Makanan 1983 yang berkuatkuasa mulai esok.
"Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa
ke semasa," katanya.
Join our Telegram Channel