Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menasihati para pelabur saham agar
berhati-hati dengan dakwaan ada yang membeli saham yang dilihat memiliki
kaitan dengannya di Bursa Malaysia.
Perkara itu dilaporkan The Edge Markets pada 9 Oktober lalu berkenaan kaunter
yang dilihat menjalani urus niaga secara aktif.
Ia berikutan dakwaan Anwar pada 23 September lalu bahawa dia memperolehi
“sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk
menubuhkan kerajaan baru dan akan mengadap Yang di-Pertuan Agong esok.
"Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama
saya dengan kaunter-kaunter tertentu di Bursa Malaysia.
"Ini adalah tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan bahawa saya tidak
memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu
dan berniat menipu para pembeli saham," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar juga menggesa Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan
mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh pihak
yang ingi mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.
Laporan The Edge markets itu antara lain merujuk saham Malayan United
Industries Bhd and Pan Malaysia Holdings.
Menurut laporan itu, adik Anwar iaitu Farizon Ibrahim adalah pengarah di
kedua-dua syarikat. Farizon dilantik menjadi Lembaga Pengarah pada 26 June
2018 sejuruh Pakatan Harapan menang PRU14.
Sehari sebelum pengumuman Anwar, saham Malayan United Industries Berhad yang
diniagakan adalah 181,742 unit. Ia meningkat kepada 3.9 unit apabila pasaran
ditutup Jumaat lalu.
Bagaimanapun harganya tidak stabil. Ia ditutup pada RM0.125 seunit pada 22
September dan RM0.14 seunit pada Jumaat lalu.
Bagi Pan Malaysia Holdings pula, sebanyak 96,821 sahamnya diniagakan pada 22
September dan naik 23 kali ganda pada Jumaat lalu, iaitu dengan 2.23 juta
unit.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- PAS tuntut penjelasan Umno sokong Anwar langgar piagam MN
- Umno pun ada yang nak tanya PAS
- Kesetiaan pada PM tiada dalam piagam Muafakat Nasional, kata pemimpin BN
- Satu demi satu MP Umno tampil nafi bersama Anwar
- 14 dari 19 MP Umno nafi bersama Anwar
- DAP bantah Anwar bawa Umno diketuai Zahid, Najib – Guan Eng
- Dr M: Anwar tak mahu sokongan Pejuang
- Kenyataan Zahid ada kebenarannya – Timbalan Presiden Pas
- TERKINI: Mesyuarat tergempar PH, Anwar lari tinggalkan media
- DEDAH: Anwar hanya ada sokongan 91 MP sahaja
- Ini bukan masa sesuai adakan PRU – Dzulkefly Ahmad
- TERKINI: Orang politik berkumpul di rumah Anwar, khabar ada percaturan baharu
- Sokongan MP Umno kepada Anwar sudah bertambah
- Azalina dedah pernah ditawar lompat parti
- Dap, Umno mungkin bekerjasama sokong Anwar, Najib tidak mahu masuk dalam senarai kabinet baharu
- Ikut mana pun Kadir Jasin tetap jadi balaci Mahathir – Puad
- Polis sahkan arah Anwar ke Bukit Aman
- KANTOI: Anwar minta ke Bukit Aman tarikh sama mengadap Agong, bukan polis yang tetapkan 13 Oktober
Join our Telegram Channel