Diketuk kepala punca setpol Asmuni tumbuk wanita



IPOH: Polis sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dikasari dan adik perempuannya ditumbuk sehingga pengsan dalam mesyuarat parti Amanag di Teluk Intan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima laporan wanita berusia 32 tahun itu kira-kira 11.04 malam 14 Okt lalu di Balai Polis Teluk Intan.


“Beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkab kecederaan, masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wanita itu yang juga guru, dalam laporan polis yang tular mendakwa beliau bersama 9 individu ke sebuah hotel di Teluk Intan kira-kira 8.30 malam selepas mendapat jemputan menghadiri mesyuarat parti, tetapi mereka dihalang memasuki bilik mesyuarat.


Kira-kira sejam kemudian, semasa berdiri di depan pintu bilik mesyuarat, seorang lelaki yang dikenalinya keluar dan menolaknya sehingga jatuh, selain menumbuk muka adik perempuannya sehingga pengsan.

Sementara itu tular satu keratan video yang telah disunting menunjukkan individu yang menumbuk itu sebelumnya telah diketuk kepala oleh mangsa.

Namun netizen menganggap walaupun sekiranya kepala beliau diketuk adalah tidak wajar seorang lelaki melepaskan penumbuknya kepada seorang wanita. – FMT / Cinca



Please subscribe






Join our Telegram Channel
Telegram