
PETALING JAYA- Gara-gara untaian (thread) ciapan di Twitter, bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad teruk dihentam pengguna Twitter luar negara.
Beliau mengulas mengenai insiden karikatur yang menghina junjungan besar, Nabi
Muhammad yang mengakibatkan pembunuhan seorang guru di Perancis baru-baru ini.
Tun Mahathir menyuarakan kelantangan beliau mengenai pentingnya menghormati
orang lain meskipun mempunyai kebebasan bersuara.
Namun, salah satu daripada untaian itu, iaitu ciapan nombor 12, telah
disalahertikan oleh warga Twitter dari luar negara.
“Muslim mempunyai hak untuk marah dan membunuh jutaan orang Perancis atas
pembunuhan beramai-ramai pada masa lampau,” menurut ciapan itu.
Ciapan itu telah diulang ciap lebih 26,000 kali dan mendapat perhatian warga
dunia yang rata-rata dilihat tidak membaca keseluruhan untaian itu.
Menurut Tun Mahathir, orang Perancis telah membunuh jutaan orang Islam pada
masa lalu.
“Tetapi secara umumnya orang Islam belum mengaplikasikan undang-undangk ‘darah
dibayar darah’.
“Sebaliknya, orang Perancis sepatutnya mengajar warga mereka untuk menghormati
orang lain,” sambung beliau.
Katanya, memandang Perancis menyalahkan semua orang Islam dan agama Islam atas
apa yang dilakukan oleh individu yang marah, orang-orang Islam berhak
menghukum orang Perancis.
“Boikot tidak boleh memberi pampasan terhadap kesalahan yang dilakukan orang
Perancis selama ini,” ujar beliau.
ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel