PETALING JAYA: Pimpinan akar umbi Amanah hari ini menolak sekeras-kerasnya
tindakan sebelah pihak dan di luar keputusan mesyuarat oleh Ketua Pembangkang
Anwar Ibrahim yang secara tiba-tiba menukar keputusan meminta Ahli Parlimen
Pakatan Harapan (PH) tidak bangun menyokong undi belah bahagi bagi menolak
Belanjawan 2021.
“Ia jelas menunjukkan tiada hormat kepada keputusan musyawarah dan majoriti
yang telah dipersetujui.
“Seluruh ahli wajar mendukung aspirasi Presiden Amanah (Mohamad Sabu) yang
mahukan agar kita semua memperkukuhkan kerjasama dan pada masa sama tidak
memusuhi rakan pembangkang yang lain.
“Kami mendesak agar hala tuju yang jelas dan tegas mesti diputuskan dengan
segera untuk mengembalikan mandat rakyat dengan menolak kleptokrat dan
menafikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional,” menurut kenyataan itu.
Pada sesi pengundian Belanjawan 2021 Khamis lalu, Mohamad dan timbalannya,
Salahuddin Ayub berhasrat untuk bangun menyokong usul belah bahagi, namun
membatalkannya kerana menghormati saranan saat akhir oleh Anwar.
Terdahulu Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar (Amanah) mengemukakan usul undi
belah bahagi selepas bacaan kali kedua belanjawan, tetapi usaha itu gagal
selepas hanya 12 Ahli Parlimen bangun menyokong, sedangkan peraturan
menetapkan sokongan minimum seramai 15 orang.
Salahuddin selepas itu memohon maaf kerana tidak bangun meminta undi belah
bahagi dengan berkata, beliau bersedia menerima hukuman kerana tindakan itu.
Sebelum ini, Ketua Whip DAP Loke Siew Fook turut memohon maaf dan bersedia
mengambil tanggungjawab penuh kerana mengarahkan Ahli Parlimen parti itu tidak
bangun meminta undi belah bahagi bagi menolak Belanjawan 2021 di peringkat
dasar.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
- Belanjawan 2021: Bukan 2, tapi 7 tuntutan Umno, BN dipenuhi
- Pemuda gesa DAP berpisah dengan Anwar arah tak bangun
- Benar bajet lulus bukti pembangkang iktiraf kerajaan PN – Dr M
- Salahuddin minta maaf, dah bangun duduk balik, Abang Mat yang suruh
- Anwar janji letak jawatan 7 hari selepas bajet 2021
- MP PKR-DAP sahkan Anwar janji letak jawatan selepas 7 hari
- Anwar nafi tawar letak jawatan jika gagal jatuhkan Muhyiddin
Join our Telegram Channel