![]() |
ADIK mangsa, Nur Liyana Syuhada Ismail menyiram air ke pusara kakaknya, Siti Nor Suria (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Kampung Beladau Selat di Hulu Terengganu malam tadi. – PUQTRA HAIRRY ROSLI |
HULU TERENGGANU – Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh Siti Nur Suria Ismail,
19, dalam tempoh 17 jam apabila menahan kawan baik mangsa yang mengaku
melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana berang diperli gadis itu.
Suspek, 19, yang juga bekas rakan sekolah Siti Nur Suria ditahan pada pukul
7.30 pagi selepas dia tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemong di
sini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat,
suspek mendakwa telah menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu
ketika pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, polis mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila
terdapat kesan lebam dan gigitan pada beberapa bahagian badannya sebelum dia
mengaku telah membunuh mangsa.
“Dia menceritakan, pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk
bersembang kosong dan ketika sedang berbual itu, suspek mendakwa Siti Nur
Suria telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi
keluarga dan rupa parasnya.
“Suspek yang panas hati kemudian telah menyerang mangsa yang kebetulan sedang
memegang sebilah pisau untuk menetas lebihan benang pada seluarnya,”
katanya di sini semalam.
Semalam Kosmo! melaporkan mayat Siti Nur Suria ditemui berhampiran katil
ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar akibat sakit barah otak di Kampung
Lubuk Batu, Telemong di sini.
Menurut Roslee, suspek dan mangsa kemudian telah bergelut hingga menyebabkan
Siti Nur Suria cedera ditetak pada bahagian muka, leher dan dada menggunakan
senjata tajam.
Tambahnya, suspek yang panik apabila mendapati mangsa tidak lagi bergerak
selepas ditetak nekad memotong pergelangan tangan kiri mangsa hingga putus.
“Suspek juga telah mengambil wang dan telefon bimbit milik mangsa bagi
mencipta plot kononnya insiden itu bermotifkan samun sebelum melarikan diri
dengan sebuah motosikal,” katanya.
Ujar Roslee, keterangan suspek konsisten dengan bukti televisyen litar
tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah burung walit berhampiran rumah
mangsa.
“CCTV itu merakam kelibat suspek dan motosikalnya berada di rumah tersebut
sewaktu kejadian,” katanya.
![]() |
ADIK mangsa, Nur Liyana Syuhada Ismail menyiram air ke pusara kakaknya, Siti Nor Suria (gambADIK mangsa, Nur Liyana Syuhada Ismail membetulkan selimut ibunya, Zaini Musa ketika ditemui di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam. |
Join our Telegram Channel