Peruntukan JASA terlalu tinggi di masa krisis sukar diterima rakyat – Najib



"Pada masa baik dan ekonomi sedang berkembang, ada perlunya kerajaan mempunyai unit komunikasi untuk menerangkan dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan agar ianya tidak disalah faham atau diputar belit oleh pihak yang mahu hasut dan tipu Rakyat."

"Tapi pada zaman krisis di mana peruntukan lebih diperlukan untuk selamatkan Rakyat, kenaikan peruntukan 4 kali ganda berbanding zaman BN adalah sukar diterima orang ramai."


Begitulah kenyataan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengenai jumlah peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM85.5 juta setahun.

Bukan sahaja Najib, Umno yang juga sebahagian daripada komponen Kerajaan PN juga percaya peruntukan yang dikhususkan kepada JASA di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang berlebihan dan perlu diberikan penjelasan segera, kata naib presiden parti itu, Khaled Nordin.

“Kita alu-alukan wujudkan semula Jasa, tetapi peruntukan sebesar ini memerlukan penjelasan lanjut. Perlu dijelaskan mengapa perlunya peruntukan yang besar.


“Kalau ada justifikasi munasabah, ia OK untuk peruntukan besar. Mungkinkah kerajaan yang lemah memerlukan ‘pembesar suara’ yang lebih besar,” katanya kepada FMT.

Dalam anggaran perbelanjaaan persekutuan bagi tahun 2021 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia disiarkan yang di laman rasmi Kementerian Kewangan menyebut tentang fungsi Jasa, iaitu membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat. – TunCarlos


 

Join our Telegram Channel
Telegram