Apple keluarkan kereta jenama sendiri pada tahun 2024



NEW YORK – Apple merancang untuk mengeluarkan kereta jenama sendiri dengan penggunaan teknologi bateri menjelang 2024.

Rancangan yang dibuat oleh pencipta iPhone itu dikenali dengan Project Titan – dicadangkan sejak awal tahun 2014 lagi apabila firma itu mula membuat reka bentuk dari awal.


Matlamat Apple bagi menghasilkan kenderaan peribadi untuk pasaran massa – berbeza dengan Alphabet Inc.’s Waymo, yang membangunkan ‘robo-texis’ untuk perkhidmatan membawa penumpang tanpa pemandu.

“Strategi Apple adalah menggunakan reka bentuk bateri baharu yang dapat mengurangkan kos bateri serta meningkatkan jangkauan kenderaan, menurut sumber dalaman.

Menghasilkan kenderaan merupakan cabaran untuk Apple yang sebelum ini hanya dikenali sebagai sebuah syarikat yang membuat ratusan juta produk elektronik setiap tahun di seluruh dunia.


Setakat ini belum dipastikan siapa yang akan menghasilkan kereta berjenama Apple.

Tetapi sumber mengatakan, mereka mengharapkan syarikat itu bekerjasama dengan kilang kenderaan yang terbaik untuk membina kenderaan Apple. – Agensi



Join our Telegram Channel
Telegram