
KARACHI, Pakistan – Syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan , AirSial yang
sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan
pandemik koronavirus akan mula beroperasi pertengahan bulan ini.
Menurut laporan portal Profit, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat
Airbus A320 telah tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.
Kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada
tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.
Syarikat AerCap adalah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang
berpangkalan di Dublin, Ireland.
Meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket
kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik status di Twitter bagi meluahkan rasa
bangganya.
Join our Telegram Channel