PKP di enam negeri, PKPB di enam negeri, PKPP di dua negeri



PETALING JAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan tiga peringkat dengan yang pertama melibatkan enam negeri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri yang dilaksanakan PKP ialah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. 


Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) pula akan dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu hanya dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kawalan pergerakan ini untuk tempoh 14 hari yang akan bermula pukul 12.01 tengah malam Rabu hingga 26 Januari depan. – Cinca





Join our Telegram Channel
Telegram