PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan
Umno ketika negara menuju PRU15, malah memuji Najib Razak dan Ahmad Zahid
Hamidi sebagai pemimpin berwibawa dan peduli, namun mereka harus menjawab
tuduhan yang dihadapi di mahkamah.
Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata beberapa
pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk
membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.
Anwar berkata hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama
bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama
berteraskan “idealisme”.
“Dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif.
Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” katanya.
“Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan
DAP, dan kini dengan Umno yang sehaluan ini, kalau mereka (Umno) terima
landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme.”
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pimpinan Umno dalam siri perbincangan awal
itu.
Dalam temubual itu, Anwar diminta memberi pandangannya tentang dua pemimpin
utama Umno, bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti, Ahmad Zahid
Hamidi, yang ketika ini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.
“Najib semasa menjadi perdana menteri dianggap mempunyai kewibawaan
melaksanakan beberapa program, tetapi dia harus berdepan dengan isu pertuduhan
sekarang dan menjawab,” kata Anwar.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel