GUJARET- Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan
penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.
Anak kambing yang dilahirkan tanpa ekor itu mempunyai bahagian wajah yang
kelihatan seperti manusia dan ianya sangat ketara pada dahi, mata, mulut dan
turut memiliki janggut.
Haiwan aneh itu bagaimanapun mempunyai kaki empat dan telinga seperti kambing
normal.
Menurut India.com, anak kambing itu dilahirkan di rumah penduduk kampung yang
bekerja sebagai petani.
Bagaimanapun ia hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.
Join our Telegram Channel