ALOR SETAR: Umat Islam tidak digalakkan memakai perhiasan di kepala, termasuk
songkok yang mempunyai lakaran atau logo capal kerana ia bercanggah dengan
norma fitrah insani.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang, berkata ini kerana kepala manusia
adalah tempat yang mulia, sedangkan capal tempatnya adalah di kaki.
"Kita yakin Nabi Muhammad SAW pun tidak menyukai capal yang digunakan di kaki
tiba-tiba diletakkan di atas kepala. Itu bercanggah dengan norma fitrah
insani.
"Sekiranya ada dijual capal seperti Nabi Muhammad pakai, tidak ada sebarang
masalah untuk kita beli dan pakai, cuma kita minta masyarakat boleh menilai
sesuatu perkara yang bercanggah dengan fitrah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media penetapan kadar zakat fitrah Kedah
2021 di Menara Zakat di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK),
Syeikh Zakaria Othman.
Fadzil berkata, isu tabarruk (mengambil keberkatan terhadap sesuatu yang
terkait dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW) berlaku pada zaman sahabat,
namun sahabat mengambil keberkatan daripada peralatan, pakaian dan sebagainya
yang sebenar digunakan Nabi Muhammad.
Katanya, ia termasuk rambut, serban, baju dan capal yang dipakai oleh Baginda.
"Contoh yang lain ialah kayu sugi digunakan Baginda, isteri Baginda, Saidatina
Aishah RA turut menggunakan kayu sugi Baginda, itulah yang dinamakan tabarruk.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel