KOTA BHARU - Pas menegaskan belum bersedia menjalinkan kerjasama politik
dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbezaan fahaman
menjadi punca parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan Amanah.
"Setakat ini kita tidak boleh terima sebab cara dan pendekatan Amanah berbeza
dengan Pas.
"Hari ini, Pas masih belum menemui titik persamaan antara Pas dan Amanah,"
katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara kedua-dua parti pada
masa hadapan.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Makan Malam dan Dialog Profesional Anak
Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, rundingan antara Amanah Kelantan
dengan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah disifatkan sebagai pertemuan
individu bukan membabitkan parti.
Beliau berkata, Amanah berhak melakukan rundingan dengan mana-mana pihak
selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Join our Telegram Channel