Perikatan Nasional (PN) boleh menerima sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan
parti politik berkenaan termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk
Seri Hamzah Zainudin berkata, individu berkenaan termasuk Dr Mahathir perlu
mengikut semua yang ditetapkan oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.
“Setiap orang mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti yang dia mahu.
“PN juga adalah satu parti yang juga boleh menerima sesiapa yang mahu mengikut
segala perkara yang ada dalam perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.
“Jadi ia bebas untuk sesiapa sahaja berkata, bercakap, (memberi) pandangan,
masuk keluar kerana ia telah diberikan kebebasan dalam perlembagaan,” katanya
dalam sidang media Wacana Meja Bulat di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan
kesediaan untuk menyertai PN sekiranya individu yang yang bergelar
“penjenayah” tidak berada dalam gabungan parti tersebut.
Menerusi wawancara bersama sebuah portal berita, Ahli Parlimen Langkawi itu
turut mengakui bahawa ada usaha yang dilakukan untuk membawanya menyertai
gabungan PN.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel