Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa
perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar.
Katanya, dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara
berkenaan.
“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya
merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam
audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara
saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru
ini.
“[...] Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis
bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of
thing ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Malaysiakini masih belum dapat memastikan ketulenan video yang dikatakan telah
pun beredar dalam lingkungan Umno itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel