Bawa lari gadis dari Johor, rogol berkali-kali di Kelantan, guru ‘mengaji’ dicekup



PETALING JAYA: Lelaki etnik Rohingya yang kononnya “guru al-Quran” direman tujuh hari dipercayai merogol gadis autism beberapa kali selama lima hari selepas licik memperdaya remaja itu menaiki bas dari Skudai, Johor ke Tanah Merah, Kelantan.

Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui di Kampung Sat, Tanah Merah, dekat Kota Bharu, kelmarin, selepas menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarganya, susulan dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kulai, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata mengikut laporan, mangsa dirogol beberapa kali oleh suspek bermula hari Ahad hingga Khamis lalu.


Katanya, siasatan mendapati, suspek berusia 23 tahun dengan polis sedang membuat semakan mengenai kesahihan dakwaan yang mengatakan lelaki itu merupakan guru al-Quran.

“Polis sebelum ini menerima maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengenai kes orang hilang. JSJ IPD Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarga.

“Polis telah menyelamatkan mangsa kira-kira 2.30 petang kelmarin dan gadis itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” lapor Kosmo.


Menurut Zaki, mengikut keterangan mangsa, suspek yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp membawanya menaiki bas dari Skudai, Johor Bahru ke Tanah Merah kira-kira 9.30 malam, pada Sabtu lalu.

Katanya, mangsa juga memaklumkan dia dirogol beberapa kali oleh lelaki itu keesokan harinya sehingga Khamis lalu.

Beliau berkata, lelaki Rohingya itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram