KOTA TINGGI – Seorang remaja perempuan melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pemuas nafsu bapa angkat beberapa kali sejak awal tahun ini.
Difahamkan, mangsa yang berusia 14 tahun itu tampil berkongsi derita yang dilalui kepada guru sekolahnya memaklumkan dia sering dirogol bapa angkatnya.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu, guru terbabit tampil membuat satu laporan mengenai kejadian itu.
Jelasnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 3 pagi, 31 Julai lalu di sebuah kediaman keluarga angkatnya di Kluang.
“Memang kita ada terima laporan berhubung kejadian rogol ini, polis masih mengesan bapa angkat warga asing yang dipercayai telah melarikan diri.
“Selepas terima laporan itu, mangsa dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pihak hospital mengesahkan terdapat kesan baharu dan lama pada alat kelamin mangsa,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pertandingan Menembak Polis Johor bersama Media Johor sempena Hari Polis di Lapang sasar, Ladang REM di sini.
Kamarul Zaman berkata, suspek yang berusia 30-an itu dipercayai masih di Johor dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki kedudukan lelaki terbabit.
Jelasnya, suspek bernikah dengan wanita tempatan yang juga ibu angkat mangsa namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Penceramah popular ditahan disyaki rogol remaja 14 tahun
- “Saya berzina berkali-kali” pendedahan tergempar dari Ustaz Fathi Naim
- Penceramah bebas rogol di KL dan Perak sejak Mei tahun lepas – mangsa
- “Mungkin ustaz F&N yang dirogol” – Netizen kecam kenyataan Pengerusi Kem Tahfiz
- Rogol bawah umur, Ustaz popular direman lagi
Join our Telegram Channel