Remaja OKU dirogol dua kenalan bapa



PETALING JAYA : Seorang remaja lembam berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya.

Bapa mangsa berusia 54 tahun hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung baru-baru ini.

Menurut sumber, lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks.


“Terkejut dengan perkara itu, dia bertanya kepada mangsa sebelum anaknya menceritakan pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika suspek menumpang rumah mereka di Bukit Jalil.

“Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan setakat ini suspek masih belum ditahan. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram