As usual, Mahathir rejected my advice, says Jomo



PETALING JAYA: Pakar ekonomi, Jomo Kwame Sundaram berkata, Dr Mahathir Mohamad menolak nasihatnya supaya tidak terbabit dalam politik dan menjadi negarawan.

Kira-kira tujuh bulan lalu, katanya, beliau menasihati bekas perdana menteri itu memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati untuk negara membangun.

“Saya menasihati Mahathir, daripada terus terbabit dalam politik Malaysia, beliau patut mengambil peranan negarawan yang dihormati untuk negara membangun.


“Seperti biasa, beliau tolak nasihat saya,” kata Jomo dalam program anjuran Persatuan Oxford dan Cambridge Malaysia.

Selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi dan hilang deposit pada PRU15, Mahathir menyertai Putra yang diterajui Ibrahim Ali sebagai penasihat awal bulan ini.

Pada 19 Mac lalu, Mahathir dilaporkan menuduh kerajaan Anwar Ibrahim bersikap “diktator” selepas dua kali membatalkan program “Proklamasi Orang Melayu”. − FMT



Join our Telegram Channel
Telegram