Jumlah kes wabak Koronavirus kini melebihi SARS



Jumlah kes wabak Coronavirus telah melebihi SARS.

Wabak SARS yang merebak di antara Nov 2002 hingga Julai 2003 berjumlah 8,098 kes di seluruh dunia.

Dalam tempoh kurang satu bulan, jumlah kes Coronavirus cecah 9,480. – Najib Razak


WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.


Loading...

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China. – Sinar


Loading...



Loading...

Di bawah adalah data menunjukkan jumlah kes yang disahkan positif dan jumlah kematian akibat wabak koronavirus di seluruh dunia yang disediakan oelh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC).



ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram