Patutlah UZAR tak komen isu penjualan hotel TH, mungkin ini sebabnya?



Tindakan Dr Zaharuddin Abd Rahman berdiam diri dalam isu penjualan hotel Tabung Haji akhirnya terjawab hari ini apabila tular beberapa dokumen menunjukkan beliau adalah salah seorang 'Director' dalam syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Merujuk kepada dokumen itu, Dr Zaharuddin atau juga dikenali sebagai UZAR telah dilantik sebagai salah seorang pengarah pada 27 ogos 2019 yang lalu.


Loading...

Diberitakan sebanyak RM10 billion aset-aset Tabung Haji telah dijual kepada syarikat ini yang mana telah menimbulkan kemarahan pencarum dan umat Islam seluruh Malaysia.

Sebelum ini UZAR dilihat kuat mempertahankan tindakan kerajaan Pakatan Harapan menjual aset-aset Tabung Haji dan artikel itu turut dikongsikan di halaman Malaysiakini yang diberi tajuk 'Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira' tetapi mengambil sikap berlepas tangan selepas empat hotel milik Tabung Haji dijual dengan alasan tidak berminat dengan politik.


Loading...

Berikutan tertularnya dokumen itu, halaman facebook UZAR kini tidak dapat diakses sejak semalam.

Dapat diperhatikan persoalan mula ditimbulkan di media sosial berkenaan isu ini. Antara yang mempersoalkan Page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) sejak sejam yang lalu yang kini mendapat lebih 2300 like dan lebih 200 perkongsian di facebook. – Cinca?


Loading...




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram