
KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin dan membangunkan negara.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR mahu semua pihak berhenti daripada terus berpolitik sebaliknya menumpukan isu lebih penting demi kebaikan rakyat dan negara.
Loading...
"Kita kena tumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara, memberi tumpuan khusus kepada (pelaksanaan) ekonomi (yang) lebih rancak demi kemakmuran bersama.
"Hentikan politik yang berpanjangan. Dalam Malaysia terlalu banyak cakap tentang politik. Saban hari cakap tentang politik.
Loading...
"Ayuh kita beri sokongan yang kuat dan padu kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara kita, memimpin ekonomi agar apabila berlangsung persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Malaysia dapat muncul negara ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Antarabangsa di sini, hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata, perkembangan ekonomi negara terutama industri pelancongan, penerbangan dan logistik akan terkesan jika koronavirus (Covid-19) terus berpanjangan.
Loading...
Bagaimanapun beliau yakin, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan mampu menjamin ekonomi lebih mampan.
“Kalau (Covid-19) tidak ditangani secara bijaksana, ekonomi akan bertambah buruk. Kerajaan sudah merangka pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan suntikan dana tambahan dapat menjamin aliran tunai yang lebih baik.
“Percayalah usaha ini akan berjaya jika dapat sokongan kuat rakyat dan masyarakat perniagaan, kerajaan di peringkat negeri serta persekutuan,” katanya. – Sinar
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tak boleh jadi PM jika Dewan Rakyat tolak walau parti majoriti – Dr M
- Janji tetap janji, kata Dr Wan Azizah
- Usul undi percaya Dr Mahathir baguslah, kata Syed Saddiq
- Usul sokong PM akan gagal – Anwar Ibrahim
- Peralihan kuasa, kalau susah sangat bubar sahaja Parlimen – MPN
- Pelan B: Sedih, sudah jadi kerajaan masih mahu turun di jalanan – Zuraida
- 'Pelan B' jika Mahathir ingkar peralihan kuasa
- Pelan B: Sedih, sudah jadi kerajaan masih mahu turun di jalanan – Zuraida
Join our Telegram Channel