
KOTA KINABALU – DAP Sabah hari ini berkata, isu peralihan kuasa bukanlah kebimbangan utama pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada masa ini.
Setiausahanya Chan Foong Hin berkata, keputusan pemimpin PH untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pagi ini adalah bagi menghalang kemunculan semula kerajaan dominasi Melayu yang tidak sihat untuk negara.
Loading...
“Blok politik yang menyokong Muhyiddin Yassin terdiri daripada kleptokrat Umno dan parti konservatif agama, iaitu PAS.
“Kita tidak boleh membiarkan pemimpin ini mendapat kuasa. Ia tidak sihat. Kita perlu mengekalkan kepelbagaian budaya sebagai ciri teras negara ini,” kata Chan yang merupakan ahli Parlimen Kota Kinabalu ketika ditemui pada satu acara di sini.
Loading...
Beliau berkata, pemimpin PH tidak berminat dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang sebelum ini, tetapi menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru.
Katanya, sekiranya Mahathir menubuhkan kerajaan perpaduan, ia tidak akan berjaya kerana semua parti politik perlu terlibat.
Loading...
Chan berkata, Warisan konsisten dalam menyokong Mahathir supaya kekal sebagai perdana menteri sepanjang krisis yang berlaku.
Katanya beliau bertemu dengan pemimpin Warisan Mohd Sahfie Apdal malam tadi dan ketua menteri Sabah itu menegaskan bahawa pendirian parti itu tidak berubah sejak krisis berkenaan meletus seminggu lepas. – FMT
Loading...

Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Tun M terima semula jawatan Pengerusi Bersatu
- Bersatu, Muafakat Nasional tubuh kerajaan Johor
- Muhyiddin sedia terima UMNO, saya tidak – Mahathir
- PPBM beri sokongan penuh Muhyiddin PM ke-8 walau terima UMNO
- BERSATU sah calon Muhyiddin PM kelapan
- BERSATU. PAS, UMNO gabung, 116 kerusi?
- Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin PM-8
- Hanya persepsi, kita tak boleh kata Umno perompak, undang-undang ada – Redzuan
- Syed Saddiq kata tidak akan bekerjasama dengan perasuah
- Tun M, Pakatan Harapan kembali bersama
Join our Telegram Channel