Ladang TH dijual, hotel TH yang untung pun dijual – Najib



Ladang milik TH, mereka jual.

Hotel milik TH yang untung, mereka tutup dan jual bangunannya.

Lepas itu, Menteri Haji kata dia tak mahu ambil tahu kerana nama dia "pejuang".

"Di dalam industri hotel, bukanlah luar biasa untuk syarikat pengurusan hotel berbeza dengan pemilik bangunan hotel.


Loading...

Justeru, pemindahan milik bangunan hotel-hotel kepada syarikat lain sepatutnya bukanlah alasan kenapa hotel-hotel itu terpaksa ditutup.

Melainkan syarikat milik Kementerian Kewangan sudah ada rancangan untuk menjual bangunan-bangunan tersebut kepada pihak lain yang mungkin akan memulakan operasi hotel mereka sendiri."  – Najib Razak


Loading...

Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel-hotel Tabung Haji?

Sangat menyedihkan apabila diberitahu berita bahawa Tabung Haji akan menghentikan operasi empat hotel TH bermula April 2020.

Sepengetahuan saya, keempat-empat hotel ini adalah popular kepada pengunjung sejak dibuka 7 tahun dahulu.


Loading...

Rating keempat-empat hotel dari ribuan pelanggan dalam laman web Agoda serta Trivago juga adalah tinggi dengan kebanyakan rating pada tahap "Very Good" atau "Excellent".

Oleh itu, saya percaya keputusan untuk menghentikan operasi dan membuang pekerja di empat hotel ini bukanlah kerana hotel-hotel ini rugi tetapi disebabkan pemilikan bangunan-bangunan tersebut telah dipindah dari Tabung Haji ke Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kementerian Kewangan.


Loading...

Surat Tabung Haji berkaitan penutupan hotel-hotel yang tular hari ini juga memetik Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji memberi alasan sebagai satu keputusan yang tidak boleh dielakkan akibat pemindahan pemilikan bangunan-bangunan hotel tersebut atau dengan bahasa mudah telahpun dijual.

Di dalam industri hotel, bukanlah luar biasa untuk syarikat pengurusan hotel berbeza dengan pemilik bangunan hotel.


Loading...

Justeru, pemindahan milik bangunan hotel-hotel kepada syarikat lain sepatutnya bukanlah alasan kenapa hotel-hotel itu terpaksa ditutup.

Melainkan syarikat milik Kementerian Kewangan sudah ada rancangan untuk menjual bangunan-bangunan tersebut kepada pihak lain yang mungkin akan memulakan operasi hotel mereka sendiri.

Harap Menteri Haji atau Menteri Kewangan dapat menjelaskan! – Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu 
Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu

Loading...


Hotel Tabung Haji Pulau Pinang 
Hotel Tabung Haji Alor Setar


Loading...






Join our Telegram Channel
Telegram