Lebih 500 ahli PKR Kelantan keluar parti



KOTA BHARU: Lebih 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membabitkan tiga cabang bertindak keluar dari parti berkenaan petang tadi.

Ia melibatkan ahli dan pimpinan dari Cabang Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Ketereh.

Loading...

Ketua Cabang Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, tindakan yang dilakukan ini susulan pemecatan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Saya telah memilih untuk setia kepada timbalan dan naib presiden yang dipercayai dengan istiqamah menurut hala tuju mereka kerana hingga saat ini mereka peduli kepada anggota bawahan,” kata Ab Aziz dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Beliau yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Negeri, menjelaskan hala tuju PKR kini sudah terpesong.

Loading...

Katanya sebagai permulaan, ahli dari tiga cabang berkenaan dan akan disusuli oleh cabang lain.

Beliau berkata hampir 10,000 daripada 25,000 ahli PKR Kelantan yang direkodkan sebelum ini, dijangka akan meninggalkan parti sehingga hujung Mac depan. – Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI: Azmin dan 10 MP keluar PKR-PH

Loading...


Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram