
SEMUA ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS akan ke Istana Negara pada jam 5 petang ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Loading...
Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa, pihaknya sudah memiliki jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Ya kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Parlimen). Petang ini kami akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara,” katanya.
Ditanya sama ada semua ahli Parlimen BN dan PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bersama Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini, Takiyuddin sekadar menjawab ya. – HMetro
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Anwar bertemu Mahathir 9.30 pagi ini
- Azmin bimbang gabungan baru gagal jika tangguh
- Wan Azizah, Guan Eng, Mat Sabu kini di PMO
- Anwar gagal jumpa Tun M di PMO
- Pertemuan dua jam berakhir
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- TERKINI: PPBM keluar daripada Pakatan Harapan – Muhyiddin
- TERKINI: Azmin dan 10 MP keluar PKR-PH
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat
Join our Telegram Channel