Penguatkuasa tumbuk warga emas



Seorang warga emas hari ini ditumbuk oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas individu tersebut memukul penguatkuasa itu dengan payung.

Insiden yang dipercayai berlaku di Subang Jaya itu bermula apabila warga emas tersebut berang dengan tindakan penguatkuasa yang menunda kenderaannya.


Loading...

Menurut sumber dari orang ramai, warga emas itu memakir kenderaannya dibahu jalan untuk pergi ke Bank.

Penguatkuasa yang melakukan rondaan mendapati kenderaan tersebut tidak dipakir ditempat yang sepatutnya dan juga menghalang lalu lintas. Tindakan penarikan dilakukan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.


Loading...

Mangsa yang tiba ke tempat kejadian tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa lalu memukulnya dengan sebatang payung.

Penguatkuasa yang tidak dapat mengawal perasaannya membalas dengan satu tumbukan lalu menumbangkan mangsa.


Loading...

Mangsa dilihat mengalami kecederaan di kepala mungkin terkena jam yang dipakai penguatkuasa melalui sebuah rakaman video berdurasi 37 saat yang tersebar di media sosial.

Siapakah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian tersebut? – TheCapitalPost/Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:



Loading...


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram