Pilu, Achey sambut Fad bersama baju Abam di KLIA



AIR mata dan baju menjadi pengubat rindu kepada arwah Abam ketika pelawak Achey menjemput sahabatnya Fad di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Kedua-dua ahli kumpulan Bocey ini tidak dapat menahan sebak dan berpelukan kerana terlalu sedih dengan pemergian Abam.

Ini berikutan Fad tidak dapat menghadiri majlis pengebumian sahabatnya itu kerana bercuti bersama keluarga di Jepun.

Loading...

Menerusi Instagram, Fad berkata dia dapat merasakan seolah-olah arwah Abam masih ada bersama mereka pada pagi itu.

"Alhamdulillah, selamat sampai... aku terbayang kau pun ada Abam dalam pelukan tu, Allah... kita kena kuat ya Achey, dapat semangat aku balik," tulis Fad.

Sementara itu, Achey pula menerusi muat naiknya di laman sama menyatakan dirinya kembali bersemangat dan tenang setelah kepulangan sahabatnya itu.

Loading...

"Darah, nafas, jantung aku kembali bergerak tenang... sayap kiri dan kanan #Bocey terasa mula bergerak perlahan semula... itu yang kami ada buat masa ni," katanya.

Sejurus pertemuan itu, Fad terus bergegas ke kediaman Abam di Gombak untuk bertemu keluarga Allahyarham.

Suasana di kediaman itu bertukar pilu sejurus ketibaan Fad yang terus memeluk adik Abam yang juga pelawak iaitu Ali Puteh.

Loading...

Pada Isnin lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Pemergian Abam itu mengejutkan ramai peminat termasuklah ahli kumpulan Bocey iaitu Fad yang berada di luar negara.

Apabila mengetahui berita tersebut, Fad memuat naik video pendek dan berkongsi kapsyen sedih di laman Instagram.

Loading...

"Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan aku," tulisnya diiringi air mata kesedihan.

Terdahulu, kumpulan Bocey ditubuhkan pada tahun 2012 dan dicungkil bakat mereka menerusi sebuah program realiti TV3. – MStar


Please subscribe


Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram