Saya tak pernah pelawa Umno, PAS wujud Pakatan Nasional, kata Dr M



PETALING JAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau mempelawa Umno dan PAS menubuhkan kerajaan baru.

Beliau berkata banyak spekulasi dibuat berikutan keterbukaanya untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk pemimpin pembangkang.

“Tak pernah saya mempelawa mereka, tetapi mereka sedar bahawa kedudukan mereka itu sudah hilang kekuatan dan menjadi parti yang lemah.


Loading...

“Sebagai parti yang lemah mereka terpaksa tukar pendekatan iaitu mereka sanggup sokong tetapi ada syarat walaupun tak disebut,” katanya dalam satu temubual bersama portal online baru, The Malaya Post.

Mahathir menambah, syarat mereka adalah jika beliau mengambil tindakan yang sesuai dengan pendapat mereka, mereka akan disokong.

“Tetapi kalau tak sesuai, saya tak fikir mereka sokong,” katanya.


Loading...

PAS secara terbuka menyuarakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri sehingga tamat tempoh pentadbirannya pada 2023.

Dakwaan tentang kewujudan satu pakatan politik baru dibuat oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam awal minggu ini, sekali gus beliau menuduh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu bagi menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan rasuah.

Pada 20 Jan, FMT melaporkan kemungkinan lahirnya satu jajaran politik baru yang akan memacu PAS ke Putrajaya berikutan beberapa pertemuan antara presiden parti itu Abdul Hadi Awang dengan Mahathir.


Loading...

Laporan itu menyebut bahawa jajaran baru tersebut bakal menyaksikan kumpulan yang menyokong Mahathir bersatu dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu, sekali gus membawa kesan buruk kepada DAP dan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata beliau terbuka berjumpa semua pihak seperti parti pembangkang, NGO, badan agama dan badan perkauman.

Beliau berkata pertemuan itu perlu bagi mendengar pendapat mereka.


Loading...

“Jika saya tidak tahu pendapat mereka, masalah timbul, (jadi) tidak dapat ditangani oleh saya. Itu yang berlaku.

“Tetapi ada orang tafsirkan perjumpaan saya dengan pemimpin parti lawan bermakna saya sedang berusaha untuk membuat satu campuran baru. Ini tak benar,” katanya. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram