
Melihat keadaan politik semasa, UMMAH Melaka ingin menarik perhatian rakyat Melaka, bahawa kerajaan Melaka yang ada sekarang ini telah terbubar secara automatik berikutan kenyataan daripada Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan secara rasminya PPBM telah keluar dari Pakatan Harapan.
Oleh itu UMMAH Melaka menyeru tindakan segera perlu diambil oleh mana-mana parti politik bagi menyelesaikan masalah ini berjumpa dengan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Melaka untuk membubarkan kerajaan yang ada dan segera membentuk kerajaan yang baru.
Loading...
Juga sekiranya tindakan segera tidak diambil UMMAH Melaka sangat bimbang berkenaan krisis politik yang melanda akan memberi kesan yang sangat teruk terhadap krisis air yg sedang melanda rakyat Melaka sekarang.
Setiap minit berlalu jika tidak diambil tindakan akan menyebabkan krisis ini semakin parah.
UMMAH Melaka mengutamakan kesejahteraan rakyat Melaka.
PENGERUSI
GERAKAN PEMBELA UMMAH MELAKA
CIKGU HISHAMMUDIN BIN ABU BAKAR
Loading...

Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- PM letak jawatan, Kabinet terbubar – Prof Dr Ramlah Adam
- Kerajaan PH masih 'berjalan' - Lim Guan Eng
- Agong jadi 'pentadbir' sementara
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Ciapan Perdana Menteri 'Interkom' jadi tarikan netizen
- UMNO rela jadi pembangkang dari bersama DAP dalam kerajaan baharu
- Agong batal perlantikan menteri-menteri
Join our Telegram Channel